Perayaan tradisi mampu memperkukuhkan lagi perpaduan
Pada kali ini blog saya, JunaidiSite dot Com ingin berkongsi pengalaman serta kaitan antara perayaan tradisi warga Malaysia dengan perpaduan yang dijalin sekian lamanya. Perayaan tradisi yang disambut pada setiap tahun oleh setiap bangsa di Malaysia mampu memupuk semangat cintakan negara baik dikalangan dewasa mahupun remaja serta kanak-kanak. Perayaan tahunan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali mampu memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia?
Sila baca selanjutnya…
Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui beberapa aspek. Antaranya ialah…
- Penganjuran Rumah Terbuka
Melalui pandangan Junaidisite.com, rumah terbuka mampu mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia kerana Rumah Terbuka bagi sesuatu perayaan mampu mengabungkan beberapa suku kaum di bawah satu bumbung. Contohnya, Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang diadakan oleh Pemimpin sesuatu kawasan akan menjadi tumpuan rakyat berbilang bangsa. (penulis junaidisite.com pasti akan menghadiri Rumah Terbuka tanpa mengira bangsa jika mendapat jemputan… insyaAllah…)
- Pertunjukan Kesenian sesuatu kaum
Junaidisite.Com menyatakan sedemikian kerana keseniaan sesuatu kaum kini bukan sahaja menjadi tumpuan kaum tersebut sahaja malahan turut menjadi tumpuan suku kaum lain. Sebagai contoh, Perayaan Tahun Baru Cina akan menarik pelbagai kaum untuk turut memeriahkannya kerana unsur kesenian Tahun Baru Cina iaitu Tarian Singa (Lion Dance) menjadi kegemaran suku kaum lain.
(penulis Junaidisite.com yang berbangsa melayu turut menyukainya)
- Melalui media dalam mengwar-warkan sambutan perayaan tradisi sesuatu kaum
Media massa adalah salah satu sumber informasi yang terkini dan berguna untuk masyarakat. Media massa juga merupakan wadah penyampaian maklumat yang berkesan kepada masyarakat. Pihak media hendaklah sentiasa peka kepada keadaan disekeliling agar maklumat dapat disampaikan dengan serta merta dengan berkesan. Tidaklah masyarakat menjadi seperti katak dibawah tempurung yang tidak mengetahui perkembangan di sekelilingnya. Setiap sambutan perayaan perlulah mendapat liputan meluas daripada media.
(walaupun junaidisite.com hanyalah sekadar blog, tetapi junaidisite.com sentiasa berusaha menyampaikan maklumat berguna dan tepat kepada semua pembacanya… InsyaAllah…)
Sebagai seorang penulis yang masih dalam proses belajar dalam setiap penulisannya, saya sebagai penulis junaidisite.com ingin memohon pandangan serta kritikan dari anda yang telah membaca entry ini. Sudilah kiranya para pembaca meninggalkan sepatah dua dalam ruangan komen di bawah. Bersama menuju kearah kegemilangan yang 1… kita 1 Malaysia!
Popularity: 31%





junaidisite.com Reply:
bukan marah la..February 24th, 2010 at 1:28 AM
Junaidi Reply:
ur welcome…February 27th, 2010 at 4:27 AM
Junaidi Reply:
ya.. semoga siti najihah lulus dengan cemerlang dlm PMR 2010 ni..February 27th, 2010 at 6:57 AM
Junaidi Reply:
sama-sama…February 27th, 2010 at 7:06 AM
farahani Reply:
korang sume dh wt ke skola kte bwu nk bwtlahhhhhhhhh x phm lgsong……:(March 8th, 2010 at 7:26 AM
Junaidi Reply:
sama-sama… semoga berjayaMarch 2nd, 2010 at 4:25 AM
may god bless y0u .
dpt gak membantu keja khsus sya ..
pls reply ah
mmudahkan saya buat kerja kursus….
thanks a lot..!!
moge2 ALLAH m’balas jasa baik kamoo…. (^_^)
emr thanx sesangat yarh ats isi yg dberi ..
teruskan usaha anda…
tq junaidi….
ni utok elemen 3 an??