February 7, 2010 disimpan dalam Folder Kisah Ku, Tawau - 1 Comment

Penghuni kaki lima Bandar Tawau

source of this picture: TAWAU Facebook Page

Sabtu.. seperti kebiasaannya, aku meluangkan masa di sekitar Bandar Tawau bersama beberapa orang rakan. Memang ramai pelajar sekolah di sekitar bandar tawau sekitar hari sabtu setiap minggu. Pihak berkuasa seharusnya mengawasi bandar Tawau pada masa begini. Apa yang aku saksikan pada sabtu lalu, aksi2 ciuman “cinta” berleluasa di sekitar bandar Tawau dikalangan muda mudi. Apa yg mengejutkan, ianya dihadapan masyarakat.. apa nak jadi ni??? Tiada perasaan malu suda?

Sekali lagi beberapa pergaduhan berlaku. Aku sangat kecewa kerana tidak terfikir untuk mengambil gambar kejadian tersebut. Segalanya berlaku sangat pantas. Salah seorang rakan sekolah ku dipukul oleh beberapa remaja sebaya di sekitar pasaraya Parkwell Tawau. Nasib baiklah dia sempat melarikan diri sebelum keadaan menjadi lebih teruk.  Bagaimana mahu kurangkan kes gaduh ni? Ada apa2 cadangan?

Selain itu….

Aku turut tertarik dengan satu lagi jenis penghuni di kaki lima sekitar bandar Tawau.. iaitu mereka yang bergelar pengemis @ peminta sedekah. Aku bukannya ingin mencaci mereka.. tetapi hanya mahu mereka diberikan perhatian sewajarnya daripada pihak berwajib. Hari ini, aku ada terbaca di Facebok page Tawau.

sebahagian daripada keluhan, gurauan serta pandagan warga Tawau berkaitan masalah pengemis

Ada yg mengatakan mereka pernah dipukul oleh pengemis di Tawau ni, ada juga yang kata pengemis ni mau duit saja. Di bagi makanan, mereka tolak.. apa yg mereka mau beli ni? Renung sejenak………

….

Aku ada ambil 2 gambar peminta sedekah di Tawau ni. Mungkin ada dikalangan warga Tawau yg pernah terjumpa atau terlihat mereka ini.. aku ada juga rasa kasihan melihat peminta sedekah. Tapi jika sebahagian daripada kita saja yang simpati melihat mereka, sampai bila pun kegiatan minta sedekah ni tidak akan ada penghujung nya. Pihak yang berwajib seharusnya memikirkan langkah yang wajar terhadap beberapa masalah di daerah Tawau yang aku kemukakan tadi.

Dihadapan pasaraya Parkwell Tawau

Peminta sedekah berdekatan dengan Bank Simpanan Nasional (Tawau)


(p/s: kalau ada salah dan silap, terasa dihati, aku memohon maaf sebagai penulis cerita ini)

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 2%

One Response respon dalam “Penghuni kaki lima Bandar Tawau”

  1. L says:

    haha… erm bgs ni blog.. gnila geng.. memangdangkn kamu blogers tawau sda ada address blog YB2 tawau tu.bgs kamu buat memorandum.cuba minta tlg YB tu. ubah mentaliti dak2 tawau tu.. 22 tahun aku stay tawau.naik bengang aku dgn low mentaliti dak2 tawau .(wpun aku dak apas). usaha lagi gigih ar geng. <— bengang tengok dak remaja yang beteriak2 x tentu pasal.

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled