February 3, 2010 disimpan dalam Folder Kisah Ku - No Comment

Kelab Sains dan Matematik SMK. Pasir Putih dalam kenangan

(awas! cerita terpanjang dalam junaidisite.com…!)


Aku sangat rindu kepada kelab ini dan juga guru2 penasihatnya terutama sekali Pn. Hjh Juriah yang merupakan guru yang aku sangat sanjung di SMK. Pasir Putih, Tawau. Aku menyertai kelab ini hanya pada tahun 2009 saja setelah Kelab Pencegahan Jenayah tidak lagi dibawah kendalian Kokurikulum. Sebaik saja aku masuk kelab ini, aku diberikan jawatan sebagai Setiausaha. Menurut guru penasihat, aku diberikan jawatan itu kerana tugasanku adalah menulis beberapa surat. Surat apa? Akan aku jelaskan dalam perenggan seterusnya…

Aku nak mulakan kisah ini dengan pencapaian yang sangat membanggakan. Apabila berkata mengenai Kelab Sains dan matematik, sudah pasti… aku teringat akan EKSPO SAINS DAN MATEMATIK 2009 yang diadakan di SM. Teknik Tawau. Dengan membawa nama SMK. Pasir Putih, Tawau aku serta 3 orang rakan lain iaitu Muaz, Awang & Syaparuddin… berjuang demi memenangi pertandingan Ekspo Sains dan Matematik. Untuk pengetahuan semua… sepanjang pertandingan Ekspo Sains Dan Matematik diadakan, SMK. Pasir Putih, Tawau tidak pernah mendapat apa-apa tempat. Syukur Alhamdulillah, berkat doa guru2 dan usaha kami berempat (Junaidi, Muaz, Awang & Syaparuddin) yang menggelarkan kumpulan kami sebagai OASIS telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan ini. Beza markah kami dengan pemenang (SMK. Kuhara) hanya 0.6% sahaja. Terima kasih kepada guru yang sangat membantu kami, Pn. Hjh. Juriah kerana sering memberikan galakan kepada kami walaupun projek kami disiapkan hanya selama 2 hari saja. Kami tidak akan lupa kepada mesin pengesan duit syiling palsu yang bernama “MR. Detective Coin”

Aku ada berkata mengenai “surat” di permulaan tadi. Ha… masa untuk aku jelaskan apa sebenarnya surat itu.. bukan surat CINTA, tetapi beberapa surat agar Kelab Sains dan Matematik dapat mengadakan satu lawatan sambil belajar ke sebuah kilang yang tidak asing lagi di daerah Tawau ini. Kilang tersebut ialang Rich Inspirations SDN. BHD. Yang terletak di Mile 3, Jalan Apas, Tawau. Kilang ini mengeluarkan produk utama seperti Kicap dan Sos yang menjadi bahan perisa utama masyarakat Tawau. Untuk pengetahuan semua, lawatan ini diuruskan sepenuhnya oleh pengerusi Kelab Sains dan Matematik iaitu kawan sekelas ku juga.. bernama Abd. Rahim dengan dibantu oleh Setiausaha kelab iaitu… aku sendiri (Junaidi)… guru2 pwnasih hanya memberi petunjuk dan kami berdua menguruskan nya. Dngan kelulusan daripada pihak sekolah dan kesepakatan kami, lawatan sambil belajar ini berjalan dengan lancar.

Di hujung tahun pula, seperti kebiasaanya… hari penganugerahan kokurikulum diadakan. Aku telah mendapat anugerah Pelajar Terbaik kategori Kelab. Secara tidak langsung ini menaikkan lagi nama Kelab Sains dan Matematik di mata para pentadbir SMK. Pasir Putih. Terima kasih guru2 sains dan matematik!

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 2%

Leave a Reply

CommentLuv Enabled