Amalan Kitar Semula Perlu Diteruskan
Setelah beberapa entry sebelum ini dalam junaidisite[dot]com bersifat sebagai entry yang santai, kini junaidisite[dot]com kembali dengan satu topik yang hangat diperkatakan. Isu kitar semula perlukan perhatian sewajarnya daripada kita sebagai masyarakat prihatin. Sebagai seorang remaja yang cintakan keindahan alam, saya ingin menyarankan kepada diri saya sendiri serta para pembaca sekalian agar sentiasa mengamalkan kitar semula dalam apa jua situasi.
Pada kebiasaannya, kita hanya memandang remeh akan sampah yang kita buang setiap hari. Tentu ada diantara kita yang berfikir kemana perginya sampah sarap yang kita buang setiap hari dan apakah yang terjadi kepadanya sebaik sahaja ia dipungut oleh lori sampah. Realitinya lori sampah tidak dapat menghapuskannya begitu sahaja. Untuk pengetahuan anda, sampah-sampah tersebut akan diangkut ke tapak pelupusan sampah yang berhampiran.
Namun begitu, kapasiti sebuah tapak pelupusan sampah di negara kita semakin terhad dan tidak dapat menampung jumlah sampah yang terkumpul setiap hari. Pada masa yang sama, negara kita terpaksa menghabiskan jutaan ringgit untuk mengangkut dan melupuskan sampah yang terkumpul. Lebih membimbangkan kita lagi, kini timbul pula rungutan tentang pencemaran, resapan bahan kimia ke dalam sumber air bawah tanah dan isu-isu keselamatan yang berkaitan. Kini, sudah tiba masanya kita menangani masalah ini sebelum terlewat. Ingatlah, fikir dulu sebelum buang! Jadikan amalan kitar semula sebagai sebahagian hidup kita.
Konsep kitar semula. Apakah maksud di sebalik “Kitar Semula”? Proses kitar semula ialah suatu proses yang melibatkan usaha memproses, mengumpul dan menggunakan semula bahan-bahan yang pernah dianggap sebagai sampah.
Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita. Pada masa ini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di negara kita, Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang oleh masyarakat di sekitar kawasan tersebut. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru pula akan dibuka. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup kita. Adakah anda sanggup suatu hari nanti duduk berjiran dengan tapak pelupusan sampah? Bagi saya, pada ketika itu sudah pasti keselesaan seperti hari ini tidak dapat dirasai lagi.
Jika anda tertanya-tanya, apakah kepentingan kitar semula kepada masyarakat, tidak terdaya rasanya saya untuk menaip kepentingan-kepentingan tersebut dalam satu artikel sahaja. Namun begitu, anda tidak perlu berasa kecewa kerana junaidisite[dot]com dengan rasa murah hati ingin berkongsi kepada anda beberapa kepentingan amalan kitar semula.
1. Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran
Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah satu punca pencemaran dalam iklim tropika. Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan pencemaran udara.
2. Kitar semula untuk menjimatkan kos
Dalam masa jangka panjang, mengitar semula adalah lebih menjimatkan kos berbanding dengan usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah. Jika program kitar semula bertambah cekap, sampah yang perlu dilupus akan semakin berkurangan. Ini seterusnya akan memanfaatkan kita kerana caj untuk pelupusan sampah dapat dikurangkan.
3. Kitar semula untuk menjimatkan sumber kita
Tentu ada dalam kalangan kita yang tetanya-tanya, bagaimana kitar semula boleh menjimatkan sumber. Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber yang amat bernilai. Tahukah anda Malaysia kini mengimport lebih daripada 25,000 tan kertas buangan setiap bulan untuk menghasilkan produk kertas bagi menampung permintaan tempatan? Kita juga mengimport bahan baungan lain untuk industri pengeluaran yang lain. Tidakkah lebih baik jika kita mengamalkan kitar semula?
4. Kitar semula untuk menjimatkan tenaga
Tenaga yang dapat dijimatkan untuk mengitar semula satu tin aluminium adalah bersamaan dengan tenaga yang digunakan untuk memasang televisyen selama 3 jam. Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca.
5. Kitar semula untuk menyelamatkan hutan
Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa ditebang. Tidakkah anda berasa simpati kepada alam semula jadi ciptaan Tuhan? Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan sumber oksigen dan udara bersih. Junaidisite[dot]com cintakan alam semula jadi!(tiada pokok yang ditebang dalam penghasilan entry ini)
Fakta yang saya gunakan adalah hasil cetusan idea utama daripada: http://www.kpkt.gov.my/kitarsemula/Malay/Why_m.asp dan ditambah pula dengan keberkesanan buah fikiran http://www.junaidisite.com
Popularity: 32%




[Reply]
momokGIRL Reply:
ad..byk mslh…slh 1 nye…org rmai x bri kerjasama..April 4th, 2010 at 9:06 AM
[Reply]
[Reply]
[Reply]
[Reply]
maklumat lain yang berguna??
[Reply]
[Reply]