• Calendar

    September 2010
    M T W T F S S
    « Aug    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Sponsore by:


    Let's TALK here

    100% Private Chat



    PageRank
  • The Author:


JUNAIDIsite

ceritaku, impianku, pandanganku

Aku jatuh CINTA lagi

Setelah tersungkur kerana CINTA GILA dari DIA…, aku jatuh cinta lagi. Kali ini bukan setakat gila.. memang GILA-GILA lah. Sebelum kamu salah erti CINTA ku ini, biar aku memperjelaskannya agar tiada yang menjadi buta dalam pembacaan entry ini. CINTA yang aku maksudkan ialah cinta kepada SENI. Bukan Siti NurSENI ataupun SENIwati, tetapi dialah Seni Reka Grafik. Photoshop yang semakin hari semakin menjadi kegilaan ku,  sangat membuatkan aku BUTA kepada segalanya. Buta kepada permainan kegemaran ku, Pro Evolution Soccer (PES)… aku meninggalkan PES semata-mata demi mu Seni.

Aku mula terjebak dengan photoshop sejak aku memiliki seekor sebuah Laptop. Dengan otak yang serba kekurangan kepada unsur seni, aku tetap mencuba menjadi lebih kreatif dalam Photoshop. Seingat aku, sejak aku sekolah rendah hingga la aku tamat persekolahan di sekolah menengah, lukisan yang aku hasilkan diatas selembar kertas lukisan tidak pernah mendapat pujian. NAMUN BEGITU… hasil kerja ku melalui photosohop sering mendapat pujian daripada mereka yang melihatnya. Aku tidak lah mahir dalam photshop. Dengan hanya berguru daripada laman Youtube, aku mula mengembangkan kreativiti dalam setiap hasil kerja photosohop.

Untuk menjadi lebih maju dalam photoshop, sudah pasti aku memerlukan kritikan daripada rakan mahupun musuh. Aku telah menyediakan satu album gambar dalam laman sosial Facebook milikku untuk mendapatkan kritikan hasil kerja ku tersebut. Antara gambar yang aku jadikan latihan dalam photoshop ialah gambar semasa sukan tahunan SMK Pasir Putih, Tawau.

Aku sangat memerlukan kritikan daripada anda semua untuk mengembangkan lagi daya kreatif dalam diriku. Kalau ada ilmu baru dalam photoshop, kongsi la juga dengan aku ya… :)

Klik sini untuk masuk album gambarkoleksi Photoshop ku melalui facebook.

(p/s: kepada halimah jongang, teruskanlah kejongangan mu… hahaha…)

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 3%

Categories: Kisah Ku
teach me too ! hee, :D
kate´s last blog ..aku makin nakal ! My ComLuv Profile

[Reply]

Junaidi Reply:

what u want? i’ll give it to u…
hehehe..
sama2 la kita berkongsi ilmu.. :)

[Reply]

28 February 10 at 08:34
aya_adira
all the best in your love..gd luck eh…

[Reply]

12 March 10 at 07:25