2009 VS 2010 The Movie
Sebelum aku teruskan ke aksi dan adegan yang lebih menakjubkan, aku nak bagi tahu awal-awal, jangan ada diantara kalian yang pergi ke pawagam terdekat dan bertanyakan mengenai 2009 VS 2010 The Movie sebab sudah pastinya penjaga kaunter pawagam akan menunjukkan simbol “?” pada raut wajah mereka. Manalah ada filem guna tajuk begini. Entry ku pada kali ni saja yang menunjukkan sedikit kekeliruan. Hahahaha! (saja nak kasi tambah suspen)
Sifat JUNAIDI yang sangat dikesali sepanjang 2009
1. Suka lepak
2. Adakalanya membazir
3. Mencari kesenangan atas kesusahan orang lain
4. Banyak ketawa dan buang masa
5. Sering melengah-lengahkan masa
6. Jarang menepati janji
7. Adakalanya angkuh dan sombong
Sifat JUNAIDI yang baru mulai 2010
1. Kurangkan lepak dan tidak bergaul dengan mereka yang melakukan kejahatan
2. Menanamkan sifat lebih berjimat cermat dalam urusan seharian
3. Mulai mengenal makna sebenar persahabatan
4. Mengurangkan gejala2 serta virus2 perosak dalam diri
5. Mula hargai masa dan berpegang pada “masa itu emas”
6. Berpegang pada janji… insyaAllah…
7. Lebih rendah diri walaupun adakalanya mendapat pujian daripada pelbagai pihak.
8. N…. yang paling penting…. harap2 dapat fall in love sekali lagi… Hahahaha…
Entry kali ni lebih kurang macam azam tahun baru la jugak. Tapi tidak lah sebaru mana sebab ada yang di recycle sejak tahun lalu… apa2 hal… harap azam ni akan tercapai.. amin… yang paling penting.. result SPM, aku menanti mu di 2010 ini!
(p/s: harap maaf atas tajuk entry ini yang sedikit pelik)
Popularity: 1%



