prev next
March 17, 2010 disimpan dalam Folder: Relax N enjoy, slide header - 4 Comments

Tempat Terlarang Untuk Google Earth

Google Earth merupakan sebuah program globe virtual yang sebenarnya disebut Earth Viewer dan dibuat oleh Keyhole, Inc. Program ini memetakan bumi dari superimposisi gambar yang dikumpulkan dari pemetaan satelit, fotografi udara dan globe GIS 3D. Tersedia dalam tiga lisensi berbeda: Google Earth, sebuah versi gratis dengan kemampuan terbatas; Google Earth Plus ($20), yang memiliki fitur tambahan; dan Google Earth Pro ($400 per tahun), yang digunakan untuk penggunaan komersial.

Namun begitu, ada beberapa tempat yang tidak dapat dilihat melalui Google Earth.

Read more…

Popularity: 2%

March 10, 2010 disimpan dalam Folder: Kisah Ku, slide header - No Comment

Photoshop News: Sentuhan Terkini Budak Baru Belajar

Sekali lagi aku terbitkan satu entry berkaitan photoshop. Jika anda mengikuti setiap kata-kata dalam blog junaidisite[dot]com sudah pasti anda tahu akan minat ku dalam photoshop. Beberapa teknik baru aku pelajari minggu lalu seperti menghasilkan grafiti dan menggunakan brush tool. Peringkat demi peringkat aku lakukan dengan hanya berpandukan video tutorial yang aku lihat di youtube. Sememangnya youtube sering membantu aku.

Read more…

Popularity: 3%

March 7, 2010 disimpan dalam Folder: Relax N enjoy, slide header - No Comment

Kecik Juara Raja Lawak 4

Raja Lawak musim keempat telah pun melabuhkan tirainya. Aku sebagai pengikut setia Raja lawak sangat berpuas hati kerana Alex dan kumpulan Kecik yang berasal dari Sabah, berjaya masuk ke final. Alhamdulillah. Pada Gelanggang akhir raja lawak tahun ini, saingan antara peserta sangat sengit kerana mereka mempamerkan persembahan yang memuaskan.

Keputusan Gelanggang Akhir Raja Lawak Musim keempat.

Tempat Pertama: Kumpulan Kecik (asal dari kampung…)

Tempat kedua: Idlan (abang kassim.. pon.. pon..)

Tempat ketiga: Alex (Maggi saya sudah kembang)

Tahniah aku ucapkan buat kumpulan Kecik. Semoga sentiasa meneruskan karya dalam bidang lawak. Sabahan bangga dengan pencapaian ini! :) tidak lupa juga tahniah buat Idlan dan Alex kerana berjaya menamatkan gelanggang lawak hingga ke gelanggang akhir.

Read more…

Popularity: 3%

March 6, 2010 disimpan dalam Folder: Akademik, slide header - No Comment

Amalan Kitar Semula Perlu Diteruskan

Setelah beberapa entry sebelum ini dalam junaidisite[dot]com bersifat sebagai entry yang santai, kini junaidisite[dot]com kembali dengan satu topik yang hangat diperkatakan. Isu kitar semula perlukan perhatian sewajarnya daripada kita sebagai masyarakat prihatin. Sebagai seorang remaja yang cintakan keindahan alam, saya ingin menyarankan kepada diri saya sendiri serta para pembaca sekalian agar sentiasa mengamalkan kitar semula dalam apa jua situasi.

Pada kebiasaannya, kita hanya memandang remeh akan sampah yang kita buang setiap hari. Tentu ada diantara kita yang berfikir kemana perginya sampah sarap yang kita buang setiap hari dan apakah yang terjadi kepadanya sebaik sahaja ia dipungut oleh lori sampah. Realitinya lori sampah tidak dapat menghapuskannya begitu sahaja. Untuk pengetahuan anda, sampah-sampah tersebut akan diangkut ke tapak pelupusan sampah yang berhampiran.

Read more…

Popularity: 15%

February 28, 2010 disimpan dalam Folder: Pengumuman, slide header - 3 Comments

Earth Hour comes again for 2010

Earth Hour Poster for this year 2010

Setelah 2 hari aku tidak check inbox e-mail, aku mula meluangkan sekurang-kurangnya 30 minit untuk menyelidik inbox e-mail Yahoo! Yang telah aku gunakan sejak 2 tahun yang lalu. Satu dalam seribu email yang aku baca, adalah email yang aku terima daripada The Earth Hour Team. Seperti anda sedia maklum, Earth Hour adalah salah satu langkah bijak dalam memupuk semangat cintakan BUMI dalam diri kita. Pada tahun ini, 2010… Earth Hour datang lagi dan sudah pasti junaidisite.com akan menyokong 100%  program ini.

Read more…

Popularity: 16%

Page 1 of 512345»